Judul Buku: Keutamaan Ilmu dan Para Ulama
Penulis:
Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris
Penerbit:
Al Hidayah
Tahun: 2000
Jumlah
Halaman: 334
Walaupun para ulama dari sejak awal-awal lagi telah bangkit
menentang fitnah dan gerakan pemalsuan Hadith itu dan mereka telah menyaring
dan memisahkan dengan penuh teliti antara Hadith Shahih, Hasan, Dhaif dengan
segala macamnya, termasuklah Hadith-hadith Mungkar, Matruk dan Maudhu, dan telah
membukukan Hadith-hadith tersebut dalam kitab-kitab Hadith, namun penyebaran
Hadith-hadith palsu terus juga berjalan, baik oleh musuh-musuh Islam yang
menyamar sebagai orang-orang Islam mahupun oleh orang-orang Islam sendiri yang
jahil-jahil ataupun oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi dan
golongan. Sampai sekarang ini Hadith-hadith Maudhu dan yang sebangsanya masih
tersebar meluas di kalangan masyarakat dan ia banyak dijadikan sandaran dalam
banyak urusan amal ibadat, kepercayaan dan lain-lainnya. Seringkali kedengaran
guru-guru agama, malahan pegawai-pegawai agama mengajar di masjid-masjid,
surau-surau dan lain-lain, membaca dan mengajar Hadith-hadith Maudhu atau
sebangsa dengannya atau lain-lain Hadith yang tidak halal. Mereka mengambil
hadith-hadith itu atau pun membacanya dalam buku-buku tanpa usul periksa, maka
rumah-rumah Allah yang sewajibnya memancarkan nur kebenaran telah bertukar
menjadi tempat yang kadang-kadang memancarkan kebohongan dan kesesatan kepada
manusia. Banyak buku-buku yang ditulis orang dan yang dijadikan buku teks yang
diajar di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok terdiri dari buku-buku yang
mengandungi khurafat dan bid’ah dan tidak sunyi pula dengan hadith-hadith
Maudhu’ atau yang seumpamanya, bahkan kadang-kadang khutbah Jumaat pun
mengandungi hadith-hadith yang tidak halal itu.
Kesesatan yang berpunca dari Hadith-Hadith Maudhu dan
cerita-cerita Israiliat yang dibangsakan kepada Hadith Nabawi bukan sahaja
melibatkan orang awam yang mendengar dan menerima ajaran dari guru, malahan
guru-guru itu sendirilah yang menerima tanggungjawab yang lebih besar di sisi
Tuhan. Adalah menjadi satu kesalahan besar menyebar dan mengamalkan
hadith-hadith Maudhu dan yang sebangsa dengannya dalam urusan apapun juga, bahkan kesesatan
umat dan kerosakan Islam adalah berpunca dari sini. Menyedari akan hakikat ini
maka penulis dengan segala kelemahan dan kekurangannya cuba menyusun buku ini
dengan menyenaraikan Hadith-Hadith yang dikatakan Maudhu dan yang sebangsa
dengannya dan juga Hadith-hadith Matruk dan Mungkar yang semuanya tidak halal
digunakan dalam semua hal dan keadaan. Semua kebenaran datangnya dari Allah dan
salah silap adalah milik penyusunnya sendiri. Mudah-mudahan kita sentiasa
berada dalam rahmat, inayat dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Taala.
Download
ebook Keutamaan Ilmu dan Para
Ulama pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar