Judul Buku: Fatwa Palestin
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi Ph.D.
Penerbit: PTS Islamika
Tahun: 2014
Jumlah Halaman: 192
Kita mungkin tidak luka berdarah kerana bertempur di medan jihad.
Namun, jangan biarkan kita dangkal fiqh dan sejarah tanpa sebarang ijtihad.
Isu Palestin, walaupun jauh daripada faktor lokasi, tetapi sangat
hampir di hati kita sebagai umat Islam. Bumi Israk Mikraj ini dirampas oleh
Yahudi laknatullah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyakiti, membunuh, dan
mengebom saudara Islam kita di sana. Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin
menjadi pelarian di bumi sendiri!
Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab
persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin,
berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith.
Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti
berikut:
- Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah
daripada mempertahankan bumi Palestin?
- Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang
dikuasai oleh Yahudi?
- Syahidkah pengebom berani mati?
- Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam
peperangan?
- Apakah hukum isteri meminta talak daripada
suami yang dipenjarakan?
- Apakah hukum tawanan yang mogok lapar?
- Hukum perjanjian damai dengan Israel
- Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima
ganti rugi daripada hasil jualan itu
- Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan
terpaksa
- Hukum membocorkan rahasia
Download ebook Fatwa Palestin pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar