Judul Buku: Terputusnya Wahyu dari Langit: Detik-Detik
Menjelang Wafatnya Rasulullah SAW.
Penulis: Majdi Muhammad Asy-Syahawi &
Husain bin Audah Al-Awayisyah
Penerbit: At-Tibyan
Tahun: 2008
Jumlah Halaman: 144
Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: “Wahai manusia! Siapa saja dari manusia
atau kaum mukminin yang tertimpa musibah maka hendaklah dia menghibur diri
dengan musibahku dari musibah selainku. Sesungguhnya salah seorang dari umatku
tidak akan ditimpa suatu musibah yang lebih berat dari musibahku.” (Shahih
Sunan Ibnu Majah no. 1300)
Musibah
apa lagi yang lebih besar dari musibah wafatnya Rasulullah Shalallahu 'alaihi
wa Sallam? Musibah apa yang lebih besar bagi manusia berbanding dengan
terputusnya wahyu dari langit yang merupakan petanda bermulanya fitnah seperti
penggalan-penggalan malam yang gelap, yang terakhir mengikuti yang pertama,
yang terakhir lebih buruk dari yang pertama...
Musibah
apa yang lebih besar dari musibah yang dengannya kemudian terbuka pintu-pintu
fitnah yang membawa kepada keburukan hingga akhir zaman? menelusuri kisah-kisah
akhir kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam merupakan pelajaran
yang sangat berharga. Sungguh beliau tidak kembali kepada Rabb-Nya melainkan
telah meninggalkan dua perkara yang malamnya bagaikan siang, dan sesiapa yang
berpegang kepada keduanya tidak akan sesat selamanya, iaitu al-Qur’an dan
Sunnahnya.
Betapa
sering di akhir-akhir hidupnya beliau mewasiatkan untuk berpegang teguh kepada
ajaran yang ditinggalkannya. Lalu di mana posisi kita? Dimana kita pada hari
ini yang mengaku sangat mencintai Nabi yang mulia Shallallahu 'alaihi wa
Sallam, tetapi pada saat yang sama meninggalkan sebahagian ajarannya,
mengabaikan sunnahnya, bahkan tidak jarang sebahagian yang lain mencemuhnya?
Apakah
bukti cinta itu dengan bentuk perayaan-perayaan atas nama beliau, bait-bait
syair, nyanyian yang menjadi pilihan, sementara sunnah beliau yang merupakan
jalan menuju keselamatan untuk bertemu dengannya di telaga Haud ditinggalkan?
Sebuah
tulisan dengan judul "Terputusnya Wahyu dari Langit" ini memberi
fokus kepada kisah detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam. Dengan penyampaian yang lugas dan menggungah jiwa,
penulis mempersembahkan kisah-kisah dan kejadian-kejadian di saat detik-detik
menjelang kewafatan Rasulullah.
Buku ini
termasuk kategori buku yang istimewa. Istimewa kerana menyampaikan sebuah
perbahasan penting yang sarat dengan makna tetapi dengan cara yang ringkas dan
mudah difahami.
Pada
bahagian pertama buku ini, penulis membahaskan isyarat akan datangnya kematian
Rasululullah, kejadian pada hari-hari menjelang wafat beliau, wasiat-wasiat
beliau di pelbagai kesempatan sela-sela masa sakitnya, serta reaksi para
sahabat di atas khabar kematian beliau.
Pada bahagian
kedua, Syaikh Husain al-Awayisyah lebih menekankan bagaimana seharusnya kita
(umat pada hari ini) bersikap dan mengambil pelajaran dari musibah besar
tersebut.
Agak
keliru jika ada yang mengatakan bahawa kematian beliau bukan sebuah musibah
besar selama al-Qur’an dan as-Sunnah berada di hadapan kita. “Bukankah Yahudi
dan Nasrani membaca Taurat dan Injil, namun mereka tidak mengamalkan dari apa
yang dikandungnya?”(Shahih Ibnu Majah no. 3272).
Download ebook Terputusnya Wahyu dari Langit pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar