Judul Buku:
Al Mujam Ash-Shaghir Jilid 1
Penulis: Imam Ath-Thabarani
Penerbit: Pustaka Azzam
Tahun: 2011
Jumlah Halaman:
784
Ini adalah kitab Al-Mujam ash-Shaghir karya atau susunan
Al-Hafiz Sulaiman B. Ahmad ath-Thabrani rahimahullah. Di dalamnya
beliau membukukan pelbagai pelajaran yang beliau dapatkan dari para gurunya di
pelbagai kota. Beliau mengeluarkan satu hadis (atau lebih) dari setiap gurunya.
Lalu kemudian beliau menyusun hadis-hadis tersebut di dalam bukunya ini
berdasarkan susunan nama-nama mereka.
Imam ath-Thabrani adalah seorang tokoh ulama hadis yang ramai gurunya. Beliau
meriwayatkan hadis dari 1000 orang guru atau lebih. Beliau merupakan seorang
yang luas ilmunya, kuat hafalannya, perjalanannya mencari ilmu (hadis) begitu
banyak, gurunya ramai, seorang ahli fiqh, ahli bahasa, ahli tafsir, ahli
qiraat, dan lainnya. Allah Subhanahu wa Taala juga mengurniakan kepada beliau
umur yang panjang, iaitu 100 tahun lebih.
Beliau termasuk kalangan ulama yang banyak mendapat pujian. Para ulama
menggelarkan beliau sebagai Musnid ad-Dunya (iaitu seorang tokoh yang banyak
riwayat hadisnya di dunia).
Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah, Beliau seorang yang tsiqah
(terpercaya), luas hafalan hadis-hadisnya, mengenal cacat-cacat hadis, mengenal
biografi para perawi hadis serta memahami permasalahan fiqh hadis, karya-karya
tulisnya banyak sekali.
Dan ini (kitab hadis Mujam ash-Shaghir) adalah antara karya beliau yang besar
setelah Mujam al-Kabir dan Mujam al-Awsath. Bagi edisi terjemahan ini, ia
diambil dari hasil tahqiq oleh Syaikh Muhammad Syakur. Bagi edisi ini,
pentahqiq telah menyertakan secara bersama di dalamnya biodata atau biografi
ringkas setiap perawi yang menjadi guru Imam ath-Thabrani. Selain itu,
pentahqiq juga memberikan penomboran bagi hadis-hadis di dalamnya, menyebutkan
status kesahihan hadis, menyertakan sumber-sumber lain bagi hadis yang disebutkan
oleh Imam ath-Thabrani, dan beberapa lainnya.
Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan ini, ia akan membantu para pembaca
menambah sumber rujukan kitab-kitab hadis yang sedia ada. Apatah lagi
hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thbarani ini kebanyakannya adalah
dari rangkaian hadis-hadis yang sukar atau tidak ditemui dalam kitab-kitab
hadis yang lainnya.
Download ebook Al Mujam Ash-Shaghir Jilid 1 pdf via Google
Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar