Judul Buku: Bidayatul
Hidayah
Penulis: Imam Al
Ghzazali
Penerbit: Khazanah
Tahun: 1995
Jumlah Halaman:
98
Kitab Bidayatul Hidayah merupakan sebuah karya dalam
bidang tasawuf yang disusun oleh Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali
(450-505H). Kitab ini dianggap sebagai ringkasan atau intipati kepada kandungan
kitab Ihya Ulumiddin, iaitu karya teragung Imam al-Ghazali sendiri.
Imam al-Ghazali membahagikan kandungan utama kitab Bidayatul
Hidayah ini kepada tiga bahagian, yang didahului dengan sebuah muqaddimah dan
diakhiri dengan sebuah khatimah (penutup). Bahagian pertama menerangkan
adab-adab melaksanakan ketaatan kepada Allah dan bahagian kedua pula
menerangkan cara-cara meninggalkan maksiat. Manakala bahagian ketiga menerangkan
adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan Khaliq (Allah) dan makhluk.
Kitab Bidayatul Hidayah ini adalah antara karangan Imam
Hujjatul Islam al-Ghazali yang banyak diberi keberkatan oleh Allah Taala. Kitab
ini telah banyak memberi manfaat dan bimbingan bagi setiap orang yang
mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi kandungannya. Faedah
dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi.
Apabila kita mempelajari dan mendalami kitab ini dengan
tekun dan teliti, kita akan dapat merasakan bahawa Imam al-Ghazali sedang
berinteraksi (berbicara) kepada kita dengan hati yang penuh rasa kasih
sayang dan belas kasihan. Beliau berbicara dari hati ke hati, dari hati
nurani seorang murabbi (pendidik) yang alim dan berpengalaman di bidang
pembentukan ruhani dan penyucian jiwa.
Di dalam kitab ini, Imam al-Ghazali menggariskan
amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan setiap hari dan adab-adab
melaksanakan amal ibadat tersebut, supaya ibadat tersebut dapat dilakukan
dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu juga Imam
al-Ghazali menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya
kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat sama ada zahir ataupun batin.
Setelah itu, beliau menyebutkan adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah
Taala sebagai penciptanya dan semua lapisan makhluk yang ada di permukaan bumi
ini.
Oleh itu, kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk
dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seseorang muslim yang mahu
menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam syurga dan mendapatkan keredaan Allah
Taala sebagai tujuan hidupny
Download ebook Bidayatul Hidayah pdf via Google Drive:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar